
Sapura Resources Berhad (SAPRES) pada 10 April lalu mengumumkan bahawa syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin, dan pihak-pihak lain termasuk Syed Haroon bin Omar Alshatrie, Syed Muhammad bin Hasan Alsagoff dan Explorer Group Sdn. Bhd. Saman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM3.22 juta.
Tindakan undang-undang ini dimulakan atas dasar pelanggaran tanggungjawab fidusiari, statutori, kontrak, dan amanah sebuah konspirasi untuk menghancurkan legasi SAPRES dan anak- anak syarikatnya serta membantu atau memudahkan pelanggaran tanggungjawab oleh pihak lain. SAPRES sedang menuntut ganti rugi yang dianggarkan bernilai beberapa juta Ringgit.
Perkembangan terkini ini muncul susulan penyelesaian siasatan dalaman baru-baru ini. Laporan polis juga telah dilakukan terhadap Datuk Shahriman.
Salah satu dapatan siasatan yang membawa kepada tindakan undang-undang tersebut termasuk bukti kukuh bahawa Datuk Shahriman telah dengan sengaja mengelirukan Lembaga Pengarah untuk menjual unit penerbangan pada harga jauh lebih rendah sedangkan beliau mempunyai maklumat bahawa unit tersebut berpotensi menjana keuntungan besar pada masa hadapan.

Unit penerbangan tersebut sepatutnya dijual kepada RoyalJet, sebuah syarikat jet peribadi mewah yang berpusat di Abu Dhabi. Menyedari potensi jualan murah itu, Explorer Group—yang turut dimiliki dan diarah oleh Datuk Shahriman—telah menandatangani perjanjian dengan RoyalJet untuk memanfaatkan nilai unit penerbangan tersebut dan meraih keuntungan besar.

Tindakan ini jelas merupakan konflik kepentingan, dan ini bukan kali pertama Datuk Shahriman bertindak untuk menjejaskan perniagaan. Ini jelas sebuah urus niaga berkepentingan dan transaksi dalaman. Mengapa Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak bertindak?

Menandatangani Perjanjian Penjualan Unit Penerbangan Sapura Resources kepada RoyalJet. Sapura Resources diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman.
Menandatangani Perjanjian antara Explorer Group dan RoyalJet. Explorer Group turut diwakili oleh Datuk Shahriman, sebagai pengarah dan pemegang saham utama.
Siapa Pelakon Berkuasa di Sebalik Konflik Sapura
Tindakan Datuk Shahriman mungkin hanya kelihatan seperti cubaan untuk mengaut keuntungan atas kerugian syarikat tersenarai awam dan pemegang sahamnya, namun sebenarnya terdapat lebih banyak pergolakan dalaman dan siri tikam-menikam di sebalik kisah ini.
Dalam artikel terdahulu, Datuk Shahriman telah memfailkan petisyen untuk membubarkan Kumpulan Syarikat Sapura SELEPAS siasatan ke atas salah laku beliau dimulakan oleh SAPRES.
Tindakan Datuk Shahriman dalam SAPRES dan petisyen pembubaran itu adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih besar dan berbahaya yang dirancang oleh individu tertentu yang mahu menghancurkan legasi Sapura secara keseluruhan.
Rancangan ini bermula seawal tahun 2012 apabila bapa Datuk Shahriman, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, menyaman dua anaknya—Datuk Shahriman dan abangnya, Tan Sri Shahril—kerana beliau mahu mendapatkan kembali aset bernilai RM450 juta yang diberikan kepada mereka sebagai hadiah selepas kematian isteri beliau, Puan Sri Siti Sapura Husin. Aset itu merupakan saham milik arwah Puan Sri dalam perniagaan.
Tan Sri Shamsuddin mengambil tindakan tersebut selepas beliau berkahwin dengan Puan Sri Mariam Parineh dari Iran yang ketika itu berusia 30 tahun pada tahini 2007. Perkara ini akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Puan Sri Mariam Parineh – Isteri baru Tan Sri Shamsuddin
Pada 26 Julai 2022, Tan Sri Shamsuddin juga memindahkan SEMUA sahamnya dalam Sapura Industrial Berhad kepada isteri baru nya, Puan Sri Mariam, yang kini merupakan ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Baru-baru ini, Sapura Industrial, yang kini dikawal sepenuhnya oleh Puan Sri Mariam, mengumumkan rancangan untuk mempelbagaikan perniagaan dan penjenamaan semula.

Jelas sekali, terdapat trend ke arah pembubaran keseluruhan Kumpulan Syarikat Sapura. Adakah seseorang berdendam dengan nama Sapura? Sapura adalah sebuah legasi perniagaan yang dibina atas nama arwah isteri Tan Sri Shamsuddin. Rata-rata pihak pengurusan Sapura sudah maklum Mariam Parineh kini sedang mengorak Langkah untuk membina legasi Baharu dengan melenyapkan entiti lama.
Langkah Strategik Untuk Menghancurkan Kumpulan Sapura
Datuk Shahriman telah diyakinkan oleh penasihatnya untuk menjual Permata Sapura, sebuah bangunan 52 tingkat bernilai RM1.3 bilion, pada harga jauh lebih rendah daripada nilainya. Ramai melihat ini sebagai langkah untuk mengumpulkan dana mencukupi bagi membeli unit penerbangan Sapura Resources dan mengukuhkan kerjasama dengan RoyalJet.
Disebabkan rancangan ini gagal, Datuk Shahriman kemudiannya memfailkan petisyen untuk membangkrapkan Sapura. Terdapat desas-desus bahawa beliau tidak akan berjaya melakukan semua ini tanpa bantuan atau ‘tekanan’ daripada pihak ‘lebih tinggi’. Begitu juga, bapanya juga mungkin tidak akan menyebelahi satu anak berbanding yang lain kerana pada usia lebih 90 tahun, beliau tiada apa lagi untuk dikejar.

Sapura merupakan Syarikat berkepentingan awam, adalah penting untuk orang awam mengetahui siapa sebenarnya yang menjadi ‘mastermind’ malah paling mendapat keuntungan daripada perpecahan kumpulan perniagaan ini. Sudah pasti bukan Tan Sri Shamsuddin atau pun anak- anaknya, Tan Sri Shahril dan Datuk Shahriman, yang masing-masing mempunyai kepentingan dalam kumpulan tersebut. Tambahan pula, kumpulan ini sedang menunjukkan prestasi yang lebih baik malah diyakini pihak Kerajaan untuk suntikan pelaburan baharu.
Mengapa Umum Perlu Ambil Peduli? Kumpulan perniagaan Sapura melibatkan pemegang taruh awam yang cukup ramai kerana industri mereka melibatkan ribuan peluang pekerjaan yang cukup besar dalam negara terutama kepada warga bumiputera, malangnya keluarga elit atasan yang mengawal pengurusan Syarikat sibuk mencatur siri “Game of Thrones” untuk kepentingan peribadi mereka.
Dalam saman Shahriman yang didengar mahkamah 23 April lalu untuk membangkrapkan Sapura Holdings Sdn Bhd (SHSB), Pengasas Kumpulan Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, 90, memberi keterangan di Mahkamah Tinggi bahawa tiada sebarang bukti bertulis untuk menyokong dakwaan bahawa Sapura Holdings Sdn Bhd (SHSB) sememangnya dimaksudkan sebagai syarikat milik keluarga.

Pengakuan tersebut dibuat ketika perbicaraan kes yang sedang berlangsung antara dua anak lelakinya — Shahril, 63, dan Shahriman Shamsuddin, 56 — berhubung masa depan SHSB.
Shahriman memohon agar mahkamah mengarahkan syarikat itu digulung berikutan keretakan yang tidak dapat diperbaiki dalam hubungan kepercayaan dan keyakinan antara mereka berdua.
SHSB merupakan entiti induk persendirian bagi Kumpulan Sapura yang memayungi lebih daripada 40 anak syarikat dengan nilai aset terkumpul berjumlah RM832 juta.
Antara entiti di bawahnya termasuk Sapura Resources Bhd, sebuah syarikat tersenarai yang terlibat dalam pelaburan hartanah dan perkhidmatan penerbangan. SHSB memainkan peranan strategik dalam mengurus dan menyelaras pelaburan serta hala tuju korporat kumpulan.
Shahril dan Shahriman masing-masing memiliki 48% saham dalam SHSB, manakala baki 4% dipegang oleh Rameli Musa, 79, seorang kenalan rapat keluarga.

Dalam afidavit yang difailkan pada 3 Februari, Shamsuddin menyatakan rasa terkejut terhadap dakwaan Shahril dan Rameli bahawa SHSB tidak pernah dimaksudkan sebagai syarikat keluarga.
Beliau menegaskan bahawa pemahaman itu telah lama wujud dan sering diulang dalam pelbagai mesyuarat serta keputusan.
“Saya agak terkejut dengan penafian mereka,” menurut afidavit tersebut. “Ia bukan satu pemahaman yang tersirat malah telah diulang selama bertahun-tahun dalam pelbagai mesyuarat dan keputusan.”
Namun, semasa disoal balas oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Rameli, Shamsuddin mengakui bahawa beliau tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong dakwaan tersebut.
Apabila ditekan mengenai peranan Rameli dalam syarikat, Shamsuddin mengakui bahawa sekiranya berlaku perbezaan pendapat antara anak-anaknya, Rameli boleh menggunakan pertimbangannya sendiri untuk menyelesaikan kebuntuan — satu kenyataan yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa Rameli tidak seharusnya berpihak kepada mana-mana anaknya.
“Niat saya adalah supaya mereka bekerjasama,” kata Shamsuddin di mahkamah.
Walaupun Shamsuddin menegaskan bahawa Sapura adalah sebuah syarikat keluarga, keadaan semasa mencerminkan sebaliknya memandangkan tiada dokumen sokongan dikemukakan dan Rameli pula mampu membuat keputusan secara bebas tanpa merujuk kepada ahli keluarga lain.
Sesi soal balas akan bersambung di hadapan Hakim Leong Wai Hong pada 15 Mei. Perbicaraan yang dijadualkan bermula semalam ditangguhkan ke hari ini bagi memberi ruang kepada rundingan penyelesaian yang masih berlangsung.
Apakah Sapura akan hancur? ribuan pekerjanya akan menerima nasib buruk akibat pertempuran anak-anak dan isteri baru sebagai dalangnya?