
Pendedahan mengejutkan terus membayangi dunia korporat Malaysia apabila Datuk Seri Chiau Beng Teik, Pengerusi Eksekutif Chin Hin Group Berhad merupakan salah seorang individu berpangkat ‘Datuk Seri’ yang didakwa menjadi proksi dalam skandal pelaburan Ponzi terbesar negara — membabitkan MBI International Group yang dikendalikan oleh penjenayah kewangan, Tedy Teow.
MBI International, yang diasaskan oleh Tedy Teow, beroperasi sebagai skim pelaburan palsu melalui platform digital seperti MFC Club dan mata wang maya M-Coin. Skim ini menarik pelabur dari Malaysia, China, Thailand, dan negara-negara lain dengan janji pulangan tinggi. Pada tahun 2022 sekali lagi polis Johor mendedahkan ‘Macau Scam’ ini.
Pada tahun 2024, Tedy Teow Teow diekstradisi dari Thailand ke China untuk menghadapi pertuduhan penipuan dan pengubahan wang haram melibatkan lebih 10 juta pelabur dengan kerugian melebihi RM65 bilion (100 bilion yuan).
Operasi Northern Star: Rampasan dan Penahanan

Polis Diraja Malaysia melancarkan Operasi Northern Star yang membawa kepada penahanan beberapa individu berprofil tinggi, termasuk tiga bergelar ‘Tan Sri’, Datuk dan seorang ‘Datuk Seri’. Antara aset yang dirampas termasuk:
- 638 akaun bank dan saham bernilai RM1.16 bilion
- 35 hartanah termasuk kondo dan bangunan komersial: RM2.01 bilion
- Ladang durian di Raub, Jawi, dan Tasek bernilai RM223.6 juta
- Kilang pemprosesan kelapa sawit di Selama, Kedah
- Hotel dan syarikat pemaju hartanah yang dipercayai dikawal secara tidak langsung oleh rangkaian MBI
Jumlah keseluruhan aset yang dirampas melebihi RM3.5 bilion
Siapa Tiga Tan Sri terlibat?
Selain Datuk Seri Chiau Beng Teik, nama-nama besar yang turut disiasat termasuk:
- Tan Sri Tan Kean Soon (T7 Global Bhd)
- Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen, Pengerusi & Pengarah di ECK Development Sdn. Bhd
- Tan Sri Alex Ooi (Ideal Property Group)
- Datuk Eddie Ong Choo Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan – Group CEO Hextar Group
Terdapat juga laporan tidak rasmi bahawa beberapa pemimpin politik dan bekas pegawai kerajaan turut berada dalam senarai individu berkepentingan (persons of interest) dalam siasatan lintas agensi ini.
Namun masih ada Datuk Seri dan Datuk yang tersembunyi..
Kesemua isu Tan Sri dan Datuk boleh di baca di sini;
Tan Sri Tan Kean Soon – atau baca sini
Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen – Kroni MB Kedah
Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen guna duit haram ECK Development untuk buat Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Ini termasuk syarikat balak Aman Mega Sdn Bhd dan ladang Musang King di Baling Kedah. Sekalipun kontroversi kononnya syarikat ECK Development ditukar tetapi Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen merupakan pemegang saham dalam syarikat SPV yang baharu dilantik Kedah Aerotropolis Holdings Sdn. Bhd melalui ECK Development Sdn Bhd (80%) dan KXP Airportcity Holdings Sdn bhd (20%). BACA

niaga Tedy Teow melalui anaknya Teo Wee Meng
Tan Sri Alex Ooi (Ideal Property Group)- Sekalipun beliau pada awalnya menafikan terlibat namun akhirnya ditangkap

BACA ARTIKEL BERKAITAN
Bagaimana dengan Datuk Eddie Ong Choo Meng (Hextar Group)? Beliau juga menguasai banyak syarikat senarai awam di negara ini termasuk membeli syarikat Mukhriz Mahathir Opcom Berhad.

Boleh baca artikel ini
DATUK SERI CHIAU BENG TEIK TERLIBAT ‘CUCI DUIT’ TEDY TEOW
Datuk Seri ini kekal misteri!. Datuk Seri Chiau Beng Teik pengasas Chin Hin Group, dilaporkan telah membuat laporan polis mendakwa dirinya ditipu sebanyak RM10 juta oleh Tan Sri Tan Kean Soon Timbalan Pengerusi T7 Global Berhad. Melalui laporannya Tan Sri Kean Soon ditahan.

Namun, siasatan susulan membongkar kemungkinan besar bahawa Chiau bukan sekadar mangsa — sebaliknya merupakan sebahagian daripada jaringan proksi yang membantu menyembunyikan dan mencuci dana haram hasil penipuan pelaburan MBI. Bukan rahsia Datuk Seri Chiau Beng Teik adalah pencuci wang haram Tedy Teow.
Menurut sumber penyiasatan, dana tersebut dipercayai disalurkan ke dalam aset-aset hartanah dan projek pembangunan yang turut dikaitkan dengan Chin Hin Group dan sekutunya.

Datuk Seri Chiau Beng Teik bukan taikun biasa. Beliau Menubuhkan Chin Hin Group pada 1995 melalui syarikat asalnya, Perniagaan & Pengangkutan Chin Hin Sdn Bhd (PP Chin Hin Sdn Bhd) dan telah membina empayar korporat merangkumi bahan binaan, hartanah, pembinaan, tenaga hijau dan syarikat pinjaman wang berlesen.
Beliau juga memegang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat tersenarai awam lain, termasuk Chin Hin Group Property Berhad, Signature International Berhad, Ajiya Berhad, dan Fiamma Holdings Berhad.
Menurut Forbes, pada tahun 2025, beliau tersenarai sebagai individu ke-37 terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih dianggarkan sebanyak AS$620 juta.
SYARIKAT PP CHIN HIN SDN BHD KUDA CHIAU BENG TEIK
PP Chin Hin Sdn Bhd ialah entiti teras kepada Chin Hin Group Berhad dalam perniagaan bahan binaan dan logistik, namun juga terlibat dalam aktiviti pinjaman wang berlesen.
PP Chin Hin Sdn Bhd berdaftar sebagai syarikat pinjaman wang berlesen atau kredit komuniti di Alor Setar, Kedah memegang lesen KPKT (No lesen KPKT: KPKT/BL/19/W3126/02/01) di alamat NO.71-74, TINGKAT 1, KOMPLEKS PERNIAGAAN SULTAN ABDUL HAMID, JALAN PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID 5050 Alor Setar, Kedah.

Syarikat pinjaman wang inilah tempat pengubahan wang haram dibuat.
Namun menurut pengumuman rasmi oleh Chin Hin Group Berhad kepada Bursa Malaysia pada 27 Februari 2025, syarikat PP Chin Hin Sdn. Bhd., tidak lagi menyediakan sebarang pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pihak dalam tempoh suku kewangan berakhir 31 Disember 2024.
“There were no loans or advances provided to any parties by PP Chin Hin Sdn Bhd during the financial quarter ended 31 December 2024.”
Mengapa ditamatkan mungkin ada kaitan dengan siasatan skim ponzi MBI International milik Teddy Teow yang sedang disiasat sekarang.
Berikut merupakan profil Syarikat PP Chin Hin Sdn. Bhd




Syarikat PP Chin Hin Sdn. Bhd syarikat pemegang lesen money lending, bukan sekadar sokongan kredit dalaman. Syarikat juga mempunyai rekod hutang dan cagaran yang besar, yang menunjukkan penggunaan leverage yang tinggi untuk membiayai operasi atau pengembangan. Oleh kerana PP Chin Hin Sdn. Bhd dikuasai Chin Hin Group Berhad dan secara tidak langsung di bawah kawalan Datuk Seri Chiau Beng Teik maka bukan menghairankan jika Chiau Beng Teik terlibat dalam kes jenayah Tedy Teow MBI International.
Mengapa Chiau Beng Teik perlu membayar RM25 juta kepada Tan Sri Kean Soon untuk membebaskan Tedy Teow dengan pihak berkuasa? Selepas membayar RM10 juta beliau membuat laporan ditipu Tan Sri Kean Soon.
Tapi Datuk Seri Chiau Beng Teik tidak pernah takut ditahan oleh pihak berkuasa kerana dilaporkan selepas ditahan polis mereka masih sempat santai di kapal layar mewah (luxury yachts) bersama rakan jenayahnya Datuk Keh Chuan Seng. Mereka mahu menunjukkan tiada siapa boleh sentuh mereka.

Ge-Shen Corporation Bhd
Mengapa agaknya Datuk Seri Chiau Beng Teik tidak direman dan didedahkan kepada media sebagaimana Tan Sri dan Datuk yang terlibat? Dilaporkan Datuk Keh Chuan Seng juga rakan jenayahnya. Siapa Datuk Keh Chuan Seng?
Datuk Keh Chuan Seng ialah seorang ahli perniagaan Malaysia yang mempunyai pengaruh besar dalam beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Beliau pelabur aktif dalam sektor pembuatan, pengurusan sisa, dan keluli tahan karat. Beliau merupakan pengasas Frazel Group Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan swasta yang digunakan untuk memegang saham dalam beberapa syarikat tersenarai.
Jawatan dan Pegangan Saham Utama
Sehingga awal 2025, Datuk Keh memegang jawatan sebagai pengerusi eksekutif dan pemegang saham utama dalam beberapa syarikat berikut:
NAMA SYARIKAT | JAWATAN | PEGANGAN SAHAM |
Ge-Shen Corporation Bhd | Pengerusi Eksekutif | 29.59% melalui Frazel Group |
Tex Cycle Technology (M) Bhd | Pengerusi Eksekutif | 26.44% |
K Seng Seng Corporation Bhd | Pengerusi Eksekutif | 22.98% |
ES Sunlogy Bhd | Tiada jawatan pengarah | 28% |
Agricore CS Holdings Bhd | Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif | 4.3% langsung, 33% tidak langsung |
Pada 24 Mac 2025, Datuk Keh secara serentak meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif dalam Ge-Shen, Tex Cycle, dan K Seng Seng, serta sebagai timbalan pengerusi bukan eksekutif di Agricore, dengan alasan “keadaan peribadi yang tidak dijangka”

Pengunduran beliau menyebabkan tekanan jualan terhadap saham syarikat-syarikat tersebut, dengan penurunan harga saham yang ketara. Pihak syarikat menegaskan bahawa operasi dan rancangan perniagaan mereka akan diteruskan seperti biasa.
Mengapa letak jawatan? Kerana ada kaitan dengan siasatan terhadap Datuk Seri Chiau Beng Teik dalam kes skim pelaburan palsu MBI International, Tedy Teow.
PELAPIS DATUK SERI CHIAU BENG TEIK
Datuk Seri Chiau Beng Teik dilaporkan melatih dan memberi kepercayaan kepada anaknya Chiau Haw Choon sebagai Group CEO Chin Hin Group. Kemungkinan besar jika disiasat anaknya terlibat dalam pengubahan wang haram bersama bapanya.


Mari kita lihat apa akan jadi kepada Datuk Seri Chiau Beng Teik? Segala transaksi wang haramnya bersama Tedy Teow yang kini Apakah selepas didedahkan saham-saham syarikatnya akan jatuh menjunam sebagaimana Tan Sri Kean Soon ((T7 Gobal) dan Tan Sri Alex Oii (Ideal Property Bhd)?